07 Julai 2012

Sayangi Diri Sendiri, Tips Untuk Berjaya

Menjadi tanggungjawab setiap khalifah Allah dan anda yang menjadi usahawan untuk berjaya dalam setiap urusan yang anda jalankan.

Salah satu teknik yang boleh anda cuba ialah menyayangi diri sendiri dalam sebarang urusniaga.

Tentu anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan sayangi diri sendiri. Biar saya berikan sedikit penerangan di sini.

Dalam agama kita juga diseru supaya menyayangi diri sendiri dan saudara seagama seperti mana kita menyayangi diri sendiri. Kerana untuk berjaya, kita perlu ada sifat sayangkan diri sendiri.




Usahawan yang sayangkan diri sendiri tidak akan membiarkan dirinya atau perniagaannya kerugian. Mereka juga tidak akan membiarkan orang lain menipu mereka. Selain itu, dalam setiap urusniaga, mereka akan lebih berhati-hati supaya urusniaga tersebut diredhai bagi mengelakkan pendapatan mereka tercemar dari riba dan unsur-unsur yang tidak baik.

Dalam urusniaga pula, usahawan yang sayangi diri sendiri akan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka menjadi yang terbaik dan mendapat apa yang mereka hajati, melalui cara yang betul dan tidak menyusahkan orang lain.

Seperti mana anda menyayangi perniagaan anda, begitu juga anda perlu sayangi diri sendiri dan saudara seagama disekeliling anda.

Semoga anda sukses selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...