07 Ogos 2012

Perniagaan dan Kejayaan


Rata-rata usahawan yang menjalankan perniagaan ingin mengecapi kejayaan. Kerana itu jugalah kita disarankan berniaga.

               Dunia perniagaan penuh dengan onak dan cabarannya. Jatuh bangun adalah adat bagi peniaga. Kadangkala, kejayaan yang dicitakan seperti tidak akan kesampaian. Menelusuri arus dunia perniagaan yang serba pantas, meredah onak ranjau berurus niaga dengan para pelanggan dan rakan niaga. Usahawan adalah pejuang dalam mencari erti kejayaan.
               Dunia sentiasa berubah, pemimpinlah yang mengubahnya. Seberapa pantas para usahawan seperti anda mampu mengejarnya, terpulang kepada daya tahan anda dan syarikat anda. Arus deras tersebut tidak akan menunggu anda, sebaliknya ia akan meninggalkan anda jauh ke belakang. Anda yang perlu mengejarnya.
               Mari kita fikirkan sejenak. Lebih 50 tahun dahulu, kita menggunakan piring hitam bagi mendengar lagu-lagu. Kemudian, ia digantikan dengan pita kaset. Ia mengambil masa sehingga hampir 50 tahun untuk menggantikan piring hitam tersebut. CD (Compact Disc) pula menggantikan pita kaset hanya dalam tempoh lima tahun. Tidak kurang daripada tiga tahun selepas CD muncul, MP3 pula diperkenalkan. Bukan itu sahaja, iTunes juga diperkenalkan kepada khalayak seiring dengan teknologi MP3.

               Anda cuba gambarkan, perniagaan yang bernilai jutaan ringgit jatuh bankrap begitu sahaja, diambil alih oleh syarikat yang berteknologi baru. Syarikat yang mempelopori teknologi terkini. Syarikat kecil mampu mengembangkan syarikat ke peringkat global dalam beberapa tahun sahaja. Kecanggihan teknologi membantu pertumbuhan tersebut. Bukan mustahil untuk anda menggantikan perusahaan lain, kemudian anda pula akan digantikan oleh syarikat lain hanya dalam beberapa tahun sahaja.
               Menurut Adam Khoo dalam buku beliau, 80 peratus daripada apa yang anda pelajari menjadi ketinggalan zaman sebaik sahaja anda keluar dari universiti. Ilmu dan teknologi yang anda pelajari suatu masa dahulu di universiti sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Begitulah derasnya arus teknologi yang membangun. Syarikat yang tidak mampu bersaing dengan arus kemodenan ini, akan tertinggal jauh ke belakang.
               Walaupun ia kelihatan menggerunkan, ia juga merupakan peluang untuk anda. Sekiranya anda mampu menguasai perubahan dengan sepantas mungkin, anda akan mengecapi kejayaan seperti usahawan lain sebelum anda.
               Pada masa kini, jutawan semakin bertambah. Menurut Brian Tracy, seorang penceramah terkenal dunia, 74 peratus jutawan dunia datangnya daripada golongan peniaga. Ini bermakna, semakin ramai peniaga ataupun usahawan yang mencapai status jutawan.
               Anda pernah mendengar nama Carlos Slim Helu? Beliau merupakan usahawan jutawan yang memegang status jutawan nombor satu dunia selama dua tahun berturut-turut, menggantikan usahawan perisian Microsoft, Bill gates.
                Faktor yang menjadikan beliau seorang jutawan adalah kerja keras, ketekunan, kepimpinan, ketelitian, kebijaksanaan dan bermacam lagi. Carlos Slim, seorang usahawan dari Amerika Latin dan dilahirkan di Mexico pada tahun 1940. Beliau menjadikan bapanya yang juga seorang usahawan sebagai mentor. Beliau mempelajari ilmu perniagaan daripada mentor beliau. Seawal usia 14 tahun lagi, beliau sudah diasuh menjadi seorang usahawan.
               Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan perniagaan anda ialah:
·       Produk yang anda hasilkan / jual
·       Pelabelan harga yang sesuai
·       Bagaimana anda menjalankan promosi
·       Faktor daripada pelanggan
·       Bagaimana anda memimpin pekerja anda
·       Bagaimana anda mengambil peluang yang ada
·       Keghairahan anda dalam perniagaan
·       Sistem operasi perniagaan anda
·       Bagaimana anda mencipta pengaruh
Sebelum anda berniaga, bersedialah dengan segala persiapan bagi menjalankan perniagaan. Hal ini kerana apabila anda menjejaki dunia perniagaan, ia seumpama anda berada di dalam medan perang. Persiapan dan bekal yang anda ada akan mempengaruhi bagaimana anda mahu berada di dalam medan peperangan tersebut. Jika persiapan anda lengkap, maka bersedialah. Jika sebaliknya, telitilah persiapan yang diperlukan.

*Artikel diatas adalah sebahagian dari isi kandungan buku 'Rahsia Kuasa P Dalam perniagaan' yang akan diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd dalam beberapa bulan akan datang.

1 ulasan:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...