Kenali Saya

Nama : Mohamad Ezrin Shah bin Othman
Umur : 28 tahun pada 02 Nov 2012

Pengalaman : Seorang usahawan sepenuh masa dan mempunyai sebuah syarikat latihan fotografi dan syarikat training untuk para usahawan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan fotografi, perniagaan online, perniagaan latihan dan terlibat secara langsung dalam program keusahawanan di kawasan sekitar.

Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan seawal usia 19 tahun dengan menjual kad tambah-nilai prabayar. Pada usia 22 tahun berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian (online) dengan menjual ebuku dan produk. Kemudian menjadi pengurus pemasaran dan jualan di sebuah syarikat pelancongan. Pernah bertugas di bahagian pemasaran sebuah syarikat Insurans dan juga syarikat perkhidmatan bas ekspres. Tugas terakhir ialah di Universiti Sians Malaysia sebelum berkecimpung secara sepenuh masa dalam perniagaan.


Dengan pengalaman yang luas dalam bidang jualan, pemasaran dan perniagaan membolehkan Shah Othman meraih kejayaan sebagai ahli perniagaan.


Konsep : Konsep latihan dan bimbingan yang diberikan bukan semata-mata teori, ianya melibatkan praktikal dan pemahaman secara terus yang akan membuatkan setiap peserta lebih memahami bukan sekadar mendengar dan menghafal.

Apa yang ingin dicapai ialah, setiap peserta dapat membaiki diri dan mana-mana organisasi yang diwakili ke tahap yang lebih baik.

Untuk menghubungi saya, sila klik pada tab Hubungi Kami di atas atau emel shahmar_5003@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...