31 Julai 2011

Tukar cara berfikir

Seringkali kita akan terfikir, apa yang perlu ditukar dari cara pemikiran kita tersebut? Adakah kita perlu mula berfikir mengenai wang datang bergolek sepanjang masa, atau kita perlu berfikir mengenai kekayaan?

Percaya atau tidak, bukan itu yang saya maksudkan. Jika begitu yang saudara semua fikirkan, ia tidak ubah seperti suatu angan-angan. Hentikan sekarang, kerana ianya hanya satu pembaziran.

Teknik berfikir yang betul adalah apabila saudara mengubah sesuatu perkara atau input negatif kepada sesuatu yang positif. Atau juga disebut sebagai positive thinking.

Jika saudara gemar membaca (seperti saya), saudara akan menjumpai banyak buku-buku dipasaran yang membincangkan teknik berfikir yang betul.

Teknik yang sesuai untuk saudara sekarang ialah cintakan diri saudara. Setiap malam, sebelum tidur, ucapkan terima kasih kepada diri saudara dan ucapkan sayang kepada diri saudara. Jika saudara mempunyai masalah pada sebelumnya, lafazkan janji kepada diri saudara untuk cuba membaikinya keesokan hari.

Dengan menyayangi diri saudara, peluang untuk saudara berusaha mendapatkan kedudukan atau kestabilan kewangan yang bagus amat cerah.

Cubalah, InysaALLAH berkesan.

Shah
013-4324936

19 Julai 2011

Empati dalam perniagaan

Empati bermaksud bagaimana kita meletakkan diri kita bagi memahami orang lain. Seperti kita meletakkan diri kita sebagai pelanggan yang mendapatkan servis kita.

Dalam dunia perniagaan, amat mudah menjadi simpati kepada pelanggan tetapi amat sukar untuk mejadi empati.

Empati yang saya takrifkan disini ialah sejauh mana kita memahami apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan kita dan sejauh mana produk / servis yang kita tawarkan tersebut menjadi satu keperluan berguna kepada mereka.

Dalam menjual, kita bukan hanya perlu menjual barangan, kita juga perlu 'menjual' diri kita. 90% pelanggan membeli sesuatu barangan bukan kerana barangan tersebut, tetapi kerana juru promosi atau dalam istilah yang senang difahami, diri kita sendiri yang membuatkan pelanggan membeli.

Amat penting kita memahami dan mempunyai sifat empati dalam perniagaan.

Shah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...