24 September 2013

Kemahiran Peribadi dan Pengalaman




Usahawan bukan sahaja perlu bijak memimpin syarikat dan para pekerjanya (sekiranya ada). Usahawan juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan bidang yang diceburinya.
            
 Sebagai contoh, anda ingin memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Anda boleh sahaja menggaji beberapa orang pekerja atau foremen untuk menjalankan tugasan membaiki kenderaan. 

Tetapi anda sebagai pemilik perniagaan juga perlu memiliki serba-sedikit kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembaikan kenderaan.
           
 Jadi, apabila anda memulakan perniagaan, anda sudah memiliki kemahiran yang diperlukan sebelum anda menggaji pekerja bahagian pembaikan. Ini bagi memastikan anda tahu apa yang pekerja anda sedang lakukan. Jika terdapat kesilapan, anda dapat membantu membetulkan kesilapan tersebut.
            
 Begitu juga halnya dalam sesebuah restoran. Sekiranya anda juga berkemahiran memasak, sudah tentu anda akan lebih dihormati oleh para pekerja anda. Tidak hanya anda memerhatikan dan mengarah para pekerja anda melakukan kerja. Anda juga dapat sama-sama bekerja dengan pekerja anda sekali-sekala. Ini akan merapatkan jurang yang dimiliki diantara anda dan para pekerja.
           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...