24 September 2013

Kemahiran Peribadi dan Pengalaman




Usahawan bukan sahaja perlu bijak memimpin syarikat dan para pekerjanya (sekiranya ada). Usahawan juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan bidang yang diceburinya.
            
 Sebagai contoh, anda ingin memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Anda boleh sahaja menggaji beberapa orang pekerja atau foremen untuk menjalankan tugasan membaiki kenderaan. 

Tetapi anda sebagai pemilik perniagaan juga perlu memiliki serba-sedikit kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembaikan kenderaan.
           
 Jadi, apabila anda memulakan perniagaan, anda sudah memiliki kemahiran yang diperlukan sebelum anda menggaji pekerja bahagian pembaikan. Ini bagi memastikan anda tahu apa yang pekerja anda sedang lakukan. Jika terdapat kesilapan, anda dapat membantu membetulkan kesilapan tersebut.
            
 Begitu juga halnya dalam sesebuah restoran. Sekiranya anda juga berkemahiran memasak, sudah tentu anda akan lebih dihormati oleh para pekerja anda. Tidak hanya anda memerhatikan dan mengarah para pekerja anda melakukan kerja. Anda juga dapat sama-sama bekerja dengan pekerja anda sekali-sekala. Ini akan merapatkan jurang yang dimiliki diantara anda dan para pekerja.
           
 Antara langkah persediaan yang boleh anda lakukan ialah;
1.      Bekerja dengan orang lain dahulu
Ø  Bekerja dengan syarikat atau perniagaan orang lain dengan tujuan untuk menimba ilmu. Bukan semata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang.
Ø  Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda.
2.      Jangan mencuri tulang
Ø  Dalam apa jua urusan pekerjaan, amanah dan ikhlas adalah tunjang utama keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Aktiviti mencuri tulang bukan sahaja tidak baik, ia juga mencerminkan sikap anda terhadap perniagaan anda nanti. Jika anda tidak lakukan, mungkin pekerja anda yang akan lakukan kepada anda.
3.      Mulakan secara kecil-kecilan
Ø  Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada menyebut, langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-kemari. Jadi, mulakan secara kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.
4.      Uji diri anda
Ø  Bagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda boleh uji daya tahan diri anda dalam bidang perniagaan dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu.
Ø  Daya tahan setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti semasa menjadi pekerja sebelumnya.
5.      Hasilkan networking semasa masih bekerja
Ø  Ketika anda masih lagi bekerja, jika bidang yang anda ceburi sama dengan perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang. Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan wakil-wakil perbankan, anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti.
Ø  Jangan memburukkan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.
6.      Kumpul modal yang mencukupi
Ø  Sebelum anda berhenti kerja, pastikan wang modal anda mencukupi untuk tempoh enam ke dua belas bulan yang pertama.
Ø  Ini termasuk wang modal pusingan, wang gaji pekerja, bil-bil utiliti dan beberapa bahagian untuk waktu kecemasan.

Sekiranya anda sudah pasti dan yakin dengan persediaan yang anda lakukan, anda sudah boleh menjalankan perniagaan yang anda impikan secepat mungkin. Hanya pastikan semua berada dalam perancangan dan mampu dikawal, anda akan berasa gembira bersama-sama perniagaan anda.
            
 Sekiranya anda masih belum yakin dengan kemampuan diri anda, anda boleh dapatkan ilmu dari seminar dan bahan bacaan seperti buku Bongkar Kuasa ‘P’ Dalam Bisnes saya.

Semoga anda sukses selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...