03 Oktober 2011

Minda Segar, Hati tenang

Saudara, tentu sekali saudara gembira menjalankan perniagaan. Sambil mengira jumlah pelanggan atau mengira jumlah pendapatan seharian, saudara tentu berasa selesa dengan pendapatan seharian.

Saudara, dalam dunia perniagaan, kita tidak terlepas dari menghadapi saat-saat getir seperti kejatuhan dari bisnes, rakan-rakan meninggalkan kita atau paling teruk, bisnes saudara dijadikan bahan ‘eksperimen’ ilmu tidak baik dari sesetengah orang. Bak kata orang, itu adalah asam-garam dalam bisnes. Kalau kita tidak merasa itu semua, bukan bisnes namanya.

Saya ingin menyentuh mengenai peranan dan kuasa minda yang tiada tolok-bandingnya. Selama lebih empat tahun dalam bidang perniagaan, saya sudah hadapi pelbagai rintangan. Saya juga sudah mengalami kejatuhan, yang saya anggap sebagai kejatuhan sementara.

Kenapa saya sebut kejatuhan sementara? Kerana tanpa kejatuhan, kita tidak akan sedar dimana kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Dimana kekurangan yang kita tidak tambahkan menjadi kelebihan. Kejatuhan sebenarnya mengajar seorang ahli perniagaan dalam menghadapi perit-getir dunia bisnes.

Berbalik mengenai minda, semasa zaman kejatuhan perniagaan saya, saya tidak pernah meratap atau menyesali apa yang saya lakukan. Walaupun kehilangan sesuatu, saya tetap teruskan dan sentiasa sematka dalam fikiran, aku mampu membetulkan segala-galanya. Aku mampu mendapat kembali apa yang telah aku hilang.

Sentiasa berfikir positif semasa menghadapi rintangan, jangan salahkan takdir. Takdir kita boleh diubah, Allah juga berfirman, tiada yang boleh mengubah nasib sesuatu melainkan kaum itu sendiri. Disini, kita dapat tafsirkan, Allah tidak menetapkan sesuatu yang buruk kepada kita. Ianya dating dari minda kita sendiri. Banyakkan berfikir positif, banyakkan amalan. Sedekah dari wang perniagaan saudara juga amat digalakkan dalam agama Islam. Semakin bersedekah, semakin kaya, InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...