29 Ogos 2011

Bila cinta...

Cinta sesuatu yang indah, cinta juga sesuatu yang ingin dikongsi, cinta juga sesuatu yang mencabar...

Bercintalah dengan perniagaan saudara. Kerana dengan mencintainya, perniagaan saudara akan bertambah maju. Perniagaan yang 'dipupuk' dengan nilai kasih-sayang akan membantu saudara untuk lebih maju dan sekaligus membesar dengan cepat.

Perniagaan yang kurang 'disayangi' malah sering dikutuk dan diugut akan menutupnya, akan menjadi perniagaan yang semakin mnguncup dan seterusnya akan mengakibatkan saudara gulung tikar.

Cintailah perniagaan saudara sebagaimana saudara mencintai pasangan saudara.


Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





27 Ogos 2011

Bagaimana Mengekalkan Kedudukan Dalam Pasaran?

Setelah saudara berjaya memasuki pasaran, kini tiba masanya pula untuk kekal berada dalam pasaran. Jika saudara melihat kepada keadaan perniagaan di Malaysia, kebanyakan perniagaan akan mula mempunyai masalah selepas 3-4 tahun berada dipasaran. Mungkin ia hanya satu kebetulan, tetapi ia mungkin juga berlaku kepada saudara jika kurangnya perhatian kepada perniagaan yang saudara jalankan ini.

Sembilan dari sepuluh rezeki di dunia ini adalah melalui perniagaan, tetapi sembilan puluh peratus perniagaan semakin menuju kearah kejatuhan.

Sesuatu perniagaan tidak boleh dianggap berjaya jika masih ramai yang belum mengetahui mengenainya. Jika saudara berfikir sejenak, adakah perniagaan yang sudah boleh dianggap sebagai berjaya dikenali dengan sendirinya oleh para pelanggan? Sudah tentu tidak. Ambil KFC dan McDonalds sebagai contoh. Walaupun sudah dikenali dikalangan penggemar makanan segera, mereka masih lagi membuat pengiklanan dan pemberitahuan mengenai produk mereka dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk mengekalkan jenama mereka didalam pasaran.

Persaingan terlalu banyak. Gagal untuk terus kekal di pasaran bermakna saudara sedang merancang untuk menukar kerjaya lain. Perniagaan saudara seperti pohon bunga, perlu disiram dan dibajai setiap waktu. Semakin disiram dan dibajai, tumbesaran akan berlaku. Perniagaan saudara juga sebegitu. Ia perlu melalui proses tumbesaran. Bukan hanya menunggu dan melihat keadaan sekeliling tanpa ada usaha untuk mengembangkannya.

Promosi berterusan

Promosi tidak patut terhenti setalah saudara mencapai tahap kewangan yang diingini. Sebagai contoh, saudara menginginkan pendapatan sebanyak RM230,000.00 setahun. Saudara telah mencapai jumlah tersebut mungkin kurang dari setahun. Kemudian, saudara hanya menjalankan perniagaan seperti biasa. Tiada promosi yang dilakukan, hanya menunggu pelanggan datang atau menghubungi saudara. Percaya atau tidak, dengan berbuat sebegini, perniagaan saudara akan menguncup, bukan mengembang.

Promosi harus berterusan. Penyebaran bahan seperti risalah perkhidmatan dan pengiklanan laman web secara online juga perlu lebih kerap supaya pelanggan tidak akan melupakan saudara. Pelanggan sedia-ada akan sentiasa boleh mendapatkan perkhidmatan saudara untuk ahli keluarga mereka. Manakala pelanggan baru pula akan lebih mempercayaai saudara.

Menjalankan promosi berterusan sama pentingnya seperti saudara membina jaringan networking seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Promosi bukan sahaja memberitahu khalayak pelanggan mengenai diri saudara, ia juga bertujuan mengekalkan jenama saudara dihati setiap pelanggan, pelawat blog / laman web saudara.

Nota : Dipetik dari ebook Rahsia Bisnes Fotografi Perkahwinan



Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





25 Ogos 2011

Kejayaan datang dengan sendirinya?

Saudara, kejayaan yang ditempa seseorang tidak datang bergolek. ada banyak ranjau yang perlu ditempuh. Rintangan yang perlu dilintasi. Demi kejayaan yang diidamkan, usaha dan keperitan sudah menjadi darah-daging bagi mereka.

Kejayaan yang datang sebenarnya sudah dirancang oleh diri saudara sendiri. Lupakan sekejap mengenai apa yang sudah Tuhan tentukan di Luh-Mahfuz. Saudara boleh menetapkan kejayaan yang bakal diperoleh. Sekiranya saudara gagal untuk merancang, saudara sudah merancang untuk gagal.

Perancangan untuk menjadi seorang yang berjaya perlu dimulakan sekarang. Bukan lagi dua atau tiga minggu akan datang. Orang yang berjaya, menghargai setiap masa yang ada. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.

Orang yang hidupnya hanya membiarkan masa menentukan apa yang bakal terjadi, adalah seperti orang yang berjudi, membeli loteri, menyertai skim cepat kaya atau melabur dalam pelaburan yang mereka sendiri tidak tahu mengenainya. Orang yang sebegini hanya menyerah kepada takdir.

Jika saudara pernah mendengar lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah, 'takdir penentu segala... bahagia yang dicipta...' samalah saudara seperti orang yang dimaksudkan didalam lagu tersebut.

Perubahan sekarang, pelaburan masa depan.


Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





24 Ogos 2011

Bagaimana menambah ilmu?

Brian Tracy pernah menulis dalam bukunya, "membaca selama setengah jam sehari dapat menambah ilmu dan membaiki kelemahan diri."

Bagaimana cara saudara menambah ilmu? Adakah melalui pembacaan?

Kebanyakan dari manusia yang sukakan penambahbaikan dalam kehidupan akan membaca. Tidak kira membaca dari buku, blog, surat khabar pamphlet atau apa sahaja bahan bacaan. Membaca selama sengah jam atau satu bab sehari dapat membuka minda dan menambah ilmu kita.

Perkara ini diakui saya sendiri. Secara jujur, saya mendapat ilmu tentang perniagaan adalah dari pembacaan. Saya meluangkan masa membaca sekurang-kurangnya satu bab sehari atau satu buku untuk tempoh 4-5 hari. Membaca buku berkenaan perniagaan seperti strategi pemasaran, jualan, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan.

Disamping buku, saya juga melayari blog yang terdapat diinternet, yang sudi berkongsi ilmu mereka secara percuma dengan pembaca. Ada juga blogger yang menjual e-buku melalui blog mereka. Jika ada yang berkenan, saya akan dapatkan.

Saudara juga boleh membaca e-buku mengenai hebatnya kuasa forum untuk perniagaan saudara. Saudara boleh klik pada banner dibawah untuk membuat pembelian. Disamping mendapat ilmu, saudara juga beramal kerana pembelian saudara akan mendatangkan komisen kepada saya, terima kasih saya ucapkan.

Kesimpulan yang boleh dibuat disini, membaca benar-benar boleh menambah ilmu pengetahuan. Sedangkan dalam al-Quran juga ada menyebut "bacalah,"

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





23 Ogos 2011

Bagaimana memaksima jenama diri?

Bagi saudara yang terlibat dalam perniagaan, jenama diri amat penting. Pelanggan lebih mempercayai jenama yang kuat dan diingati. Jenama yang teguh dari segi nama dan produk.

Tentu saudara mempunyai satu jenama ubat gigi yang digemari. Cuba saudara fikirkan bagaimana jenama ubat gigi tersebut melekat diminda saudara? Tentu saudara akan mula memikirkan kehebatan iklan mereka, model-model dalam iklan tersebut.

Saudara cuba fikirkan pula, sebagai seorang ahli perniagaan, apa yang saudara boleh lakukan untuk menjenamakan diri saudara dan seterusnya menjual produk saudara. Jenama yang kuat, produk juga dapat dijual dengan mudah.

- Cuba senaraikan trend pelanggan pada masa sekarang
- Lihat keadaan semasa (ekonomi, status sosial)
- Meneroka ruang yang belum diteroka oleh pesaing saudara

Selamat mencuba.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





16 Ogos 2011

Quote Of The Day - Shah Othman

"Jika kita mengikuti apa yang orang telah berjaya lakukan, dan melakukan apa yang telah dilakukannnya, InsyaAllah kita juga akan berjaya sepertinya. Jika kita hanya melihat dan tidak mengikutinya, tiada apa yang boleh membuatkan kita berjaya."

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.


14 Ogos 2011

Komunikasi Dengan Pelanggan

"Lebih banyak anda berkomunikasi dengan pelanggan, semakin jelas apa yang mereka hendak dan semakin senang untuk anda mengenal pasti apa yang anda perlu lakukan" - Billi Lim, Berani Menjual.

Dari kata-kata yang dipetik daripada Billi Lim, kita boleh simpulkan bahawa, semakin kita bertanya dan berbual akan kehendak pelanggan, semakin kita tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Saudara, kadang-kala pelanggan tidak benar-benar mengetahui apa sebenarnya yang mereka inginkan atau dapatkan. Mereka ragu-ragu untuk menceritakan semuanya.

Disini, tugas saudara sebagai penjual harus banyak bertanya dan memberi suggestion supaya kehendak pelanggan tersebut dapat dipenuhi. Mereka tentu gembira sekiranya apa yang mereka inginkan dapat diperolehi.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





12 Ogos 2011

Usaha Menuju Kejayaan

Tentu kita sering mendengar kata-kata tersebut semasa zaman sekolah, kan? Masa tu, kita semua tak ambil tahu sangat akan makna kata-kata 'usaha menuju kejayaan'. Apa yang kita selalu pikir, nak main dalam kelas, betul tak?

Tapi, dalam konteks bisnes, pernah tak kita terfikir kenapa usahawan-usahawan yang telah mempunyai pendapatan jutaan ringgit masih lagi berusaha keras? Kerana mereka dimotivasikan oleh kata-kata tersebut.

Bagi mereka, untuk berjaya bukanlah hanya memiliki wang ringgit dan harta yang banya. Kerana dalam Islam, kita telah disuruh mencari rezeki seperti kita akan hidup seribu tahun lagi. Al-quran adalah buku motivasi terbaik yang kita dan mereka semua ada dan baca. Tinggal hanya nak mengamalkan saja lagi.

Sebanyak mana saudara termotivasi dari buku, atau kata-kata dari usahawan-usahawan yang saudara kenali, jika tiada usaha, semuanya akan jadi sia-sia.

Bertindaklah sekarang. Berusaha menuju kejayaan.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





08 Ogos 2011

Imej Perniagaan

Seringkali kita lupa untuk benar-benar duduk dan memikirkan imej perniagaan kita. Imej yang menonjolkan diri kita dan perniagaan kita keseluruhannya.

Tahukah saudara, pelanggan kita menghakimi kita sebelum mereka mendapatkan produk atau perkhidmatan dari kita. Ini bermakna, apa yang mereka lihat atau mendengar tentang perniagaan yang kita jalankan, akan membuatkan mereka berfikir.

Jika baik yang mereka lihat atau dengar, makan baiklah yang mereka akan fikirkan mengenai kita dan perniagaan kita.

Imej juga berkait rapat dengan penampilan kita sebagai seorang usahawan. Bagi menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan produk dan servis kita, terlebih dahulu kita meneliti imej diri yang kita tonjolkan.

Berpakaian kemas akan membuatkan pelanggan yang berjumpa saudara akan memandang tinggi akan diri saudara. Jika saudara bekerja sendiri, imej diri ini akan menggambarkan saudara seorang yang berpengalaman, baik budi pekerti, bijak berurusniaga dan yang penting sekali, saudara kelihatan lebih profesional.

Ini akan membuatkan pelanggan lebih yakin dengan saudara. Kredibiliti saudara dapat ditingkatkan melalui cara ini.

* Jangan lupa untuk membeli pakaian baru setiap 2/3 bulan sekali. Sekadar menambah koleksi.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...