24 Jun 2011

Sekolah Menengah Teknik Kulim, Kedah.

Entry khas untuk sekolah yang telah mengajar saya selama dua tahun. Selama dua tahun jugalah saya telah banyak mendapat pengalaman.

Pelbagai ilmu dan pengalaman yang kita perolehi dari sekolah. Sedar tak sedar, walau kita bersekolah hanya untuk masa yang singkat, telah banyak ilmu yang dicurahkan kepada kita oleh guru-guru tanpa keluhan sedikit pun.

Dahulu, kita tidak pernah mengerti penat-lelah seorang guru dalam memberi ilmu sehari-harian. Tetapi kini, setelah kita sendiri melalui pengalaman yang hampir sama dengan para guru yang pernah mengajar kita saban waktu tanpa jemu, kita mengerti dan kadangkala kita boleh merasai apa yang guru kita pernah rasa.

Tahukah anda, menjadi seorang guru bukan setakat di sekolah? Bahkan di pejabat-pejabat, klinik, hospital dan tepi jalanan sekalipun. Sebagai seorang pengajar, anda mencurahkan ilmu secara ikhlas tanpa keluhan dan rungutan anda layak dipanggil guru.

20 Jun 2011

Menerima persaingan seadanya

Perniagaan adalah urusan yang sentiasa ada persaingan. Kadang positif, kadang negatif. Sebagai seorang peniaga / usahawan, kita harus menerima persaingan seperti yang kita perlu terima.

Maksud saya, Tidak kira satu-satu persaingan yang datang itu besar atau kecil, kuat atau tidak, ia tetap adalah persaingan yang perlu kita tempuhi untuk terus berada dalam dunia perniagaan.

Sebenarnya, persaingan juga boleh dengan tiba-tiba bertukar menjadi satu peluang untuk perniagaan kita lebih maju. Percaya atau tidak, ini satu contoh;

Saya dan kawan dalam bidang yang sama adalah pesaing rapat dalam dunia perniagaan kerana kami menjalankan jenis perniagaan yang 90% sama. Iaitu fotografi perkahwinan, butik pengantin dan sebagai pengajar fotografi. Hanya ada sedikit perbezaan. Satunya ada saya buat dan ada yang dia buat. Itu adalah kelebihan kepakaran masing-masing.

Sebagai pesaing, kami harus sepenuh hati berusaha agar perniagaan masing-masing bergerak pantas agar tidak dikejar satu-sama lain. Tetapi, dalam masa yang sama persaingan kami ini membuka peluang kepada kami sendiri. Saya pakar bidang videografi, manakala kawan saya pakar bidang fotografi makanan. Secara tidak langsung saya membuka peluang kepadanya dan beliau juga membuka peluang kepada saya.

Boleh nampak apa yang saya ingin maksudkan? Persaingan bukanlah selama-lamanya menjadi persaingan tidak sihat. Ia boleh bertukar kepada satu peluang keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Shah
012-5055003


17 Jun 2011

Membaca penyambung ilmu

Berapa kerap anda membaca buku dalam setahun? Berapa kerap pula anda membaca buku dalam seminggu?

Untuk perkongsian bersama, jika kita membaca sekurang-kurangnya setengah jam sehari atau satu bab sehari, kita secara tidak langsung akan membaca hampir sebuah buku dalam satu minggu.

Membaca memberikan kita maklumat baru setiap masa. ilmu yang berguna akan diserap oleh akal fikiran kita jika kita sentiasa membaca.

Ini adalah buku-buku yang sedang saya baca sekarang ini. Yang tiada dalam gambar adalah buku Blue Ocean Strategy, kerana saya meletakkannya didalam kereta supaya senang saya membacanya ketika menunggu dimana-mana.


Ini pula majalah yang saya mulai membacanya setelah diperkenalkan oleh seorang CEO syarikat Holdings dari KL ketika saya bertemunya di Bukit Merah, Perak.

Tidak kira apa bahan bacaan kita, selagi ianya berguna untuk kegunaan kita, bacalah...

Sebelum kita stop untuk catatan kali ni, saya nak anda saksikan short-film dari CSmedia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...