Menjadi usahawan berjaya
adalah impian setiap usahawan. Tidak kira bisnes skala kecil atau besar,
pastinya inginkan kejayaan. Memiliki perniagaan dengan cawangan serata tempat
atau sehingga menjangkau ke benua lain di dunia, pastinya menjadi impian.
Disebalik keghairahan
menjalankan perniagaan, kadang-kala kita lupa, bisnes yang sebenar-benar yang
kita jalankan adalah dengan Allah, bukan dengan sesama manusia seperti yang
kita jalankan sekarang. Justeru, bagaimana yang dikatakan berbisnes dengan Allah?
Pasti anda pernah
mendengar nama seorang usahawan Muslim zaman Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf.
Beliau dijanjikan syurga oleh Allah swt.
Mari kita lihat apa yang
saya maksudkan dengan berbisnes dengan Allah.
Abdul Rahman bin Auf
pernah ditawarkan harta kekayaan dan isteri oleh saudara seagama dari kaum
Ansar. Namun, beliau menolaknya. Sebaliknya, beliau hanya meminta ditunjukkan
jalan ke pasar supaya dapat menjalankan perniagaan.
Sebagai usahawan yang
menjadikan Islam sebagai panduan dan Allah sebagai Tuhan dan rasul sebagai
idola, semestinya beliau menjalankan perniagaan sebaik dan sejujur mungkin
berlandaskan agama. Rasulullah pernah bersabda, 9/10 rezeki adalah dari
perniagaan. Maka, berniagalah kita semua umat nabi Muhammad saw.
Umat Islam digalakkan
berniaga sebagai punca rezeki utama. Namun, perniagaan tersebut perlulah
berlandaskan syariah dan tidak terdapat unsur riba didalamnya. Sedangkan
perniagaan konvensional terlalu banyak unsur riba yang perlu dielakkan oleh umat
Islam.
Ujian utama yang
diturunkan kepada usahawan muslim ialah kekayaan dalam bentuk harta, wang
ringgit, isteri dan anak-anak.
Allah mengingatkan semua
muslim, “Dan ketahuilah, hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai ujian” –
Surah al-Anfal, ayat 28.
Berdasarkan peringatan
Allah tersebut, kita dapat mengetahui apa yang dilimpahkan kepada kita hanya
berupa ujian yang akan menilai sejauh mata ketaatan dan bagaimana kita mengurus
kekayaan yang dikurniakan Allah.
Bagi menjadikan urusan
perniagaan dan rezeki yang dilimpahkan lebih berkat, sebaiknya para usahawan
melakukannya kerana Allah. Memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah dan
menanamkan niat perniagaan yang dijalankan adalah untuk digunakan ke jalan
Allah swt.
Jujur dalam berurusan
dengan pelanggan amat dititik-beratkan oleh Rasulullah. Penipuan dalam sukatan
dan timbangan amat ditegah malah sesiapa yang melakukannya akan tergolong dalam
orang-orang yang kerugian.
Amal-ibadat yang kita
lakukan tidak diterima oleh Allah sekiranya kita masih menjalankan perniagaan
dengan unsur riba, penipuan dan tidak telus.
Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan