Dari pengalaman saya sebagai usahawan, saya dapati
terlalu ramai usahawan yang terpaksa gulung tikar hanya selepas beberapa bulan
atau tahun mengecapi ‘kebahagian’ sebagai usahawan. Situasi ini amat tidak baik
jika sentiasa berterusan. Kita sedia maklum, tujuan utama seseorang menceburi
bidang keusahawan ialah untuk bebas kewangan, tetapi jika sebaliknya pula yang
berlaku, bagaimana?
Saya dapati usahawan-usahawan tersebut mengalami
kegagalan kerana mereka adalah usahawan ‘bidan terjun’. Mereka menjalankan
usahaniaga tanpa ilmu yang mencukupi. Sudah pasti mereka termakan dek kata-kata
manis usahawan lain yang berjaya, yang sentiasa berkata akan keseronokan bidang
perniagaan.
Tahukah anda, rata-rata mereka yang memasuki industri
keusahawan ini dan gagal dikemudian harinya adalah terdiri dari para graduan
dan individu-individu yang tidak mempunyai ilmu keusahawan? Jika ada pun, ia
hanyalah segelintir.
Ilmu dalam bidang keusahawanan bukanlah perkara remeh
yang boleh dipandang sebelah mata, ia merupakan nadi utama penggerak perniagaan
anda. Tanpa ilmu, perniagaan anda akan gulung tikar. Ilmu perniagaan pula
bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia juga tidak seperti anda
mempelajarinya di sekolah ataupun universiti-universiti. Ilmu dari pengalaman
usahawan yang sudah berjaya adalah ilmu yang paling bernilai.
Bina
rangkaian kenalan
Satu cara untuk anda memperoleh ilmu dari pengalaman orang
lain ialah dengan berkawan terus dengan usahawan tersebut. Sudah pasti
sedikit-sebanyak ilmu yang dimilikinya akan dikongsi dengan anda. Tetapi anda
perlulah mempunyai niat yang baik, iaitu hendak berkawan dengannya, bukan
semata-mata mahukan ilmu beliau.
Selain dari usahawan yang anda sudah kenal-pasti, anda
juga perlu berkawan rapat dengan rakan-rakan usahawan tersebut. Jika mereka
semua adalah ahli kepada sesuatu kelab, anda juga perlu menjadi ahli kepada
kelab tersebut. Jika mereka semua adalah usahawan yang mempunyai passive income yang lumayan, anda juga
perlu mempunyai satu. Kita akan membicarakan mengenai passive income ini suatu hari nanti.
Rangkaian yang berguna adalah apabila anda dan rangkaian
tersebut mempunyai chemistry dan
kedua-duanya mendapat pulangan. Sebagai contoh, anda bersama para usahawan
tersebut dalam sebuah kelab. Kelab yang dianggotai mereka pula merupakan kelab
eksklusif yang sering menaja badan-badan atau program-program besar. Anda
sebagai ahli dalam kelab tersebut juga perlu bergiat aktif dengan memberikan
bantuan dan sumbangan kepada kelab tersebut. Dari sini tentu anda sudah dapat
memahami apa yang saya maksudkan sebagai ‘kedua-duanya mendapat pulangan’.
Bina Win-win situation
Dengan sesiapa sahaja anda berurusan, anda tidak boleh
menang selalu. Adakalanya anda perlu mengalah dan adakalanya kedua-dua pihak
akan mendapat hak masing-masing.
Pelanggan anda adalah orang pertama yang akan menjadi
ahli program win-win situation ini.
Mereka akan menjadi penentu kepada program yang anda juga salah seorang
ahlinya. Anda bukanlah pengerusi atau penasihat program, anda dan pelanggan
adalah sama-sama ahli.
Win-win
situation bermakna anda perlu memenagkan dan memberikan hak yang
sepatutnya dimiliki oleh pihak yang lain, dalam masa yang sama anda juga
menang, iaitu tidak kalah (rugi). Dalam hal ini selalunya ia akan berkait rapat
dengan produk yang dibeli pelanggan dan barangan yang dibekalkan oleh pembekal.
Win-win
situation akan memastikan perniagaan anda sentiasa berada
dilandasan yang betul dan anda tidak perlu risau akan sebarang kerugian
dikemudian hari. Tidak risau pula tidak bermakna anda tidak perlu memikirkan
langsung mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada masa akan
datang. Semuanya bergantung kepada anda.
Semoga anda sukses selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan