Kembali kita
bertemu dalam ruangan catatan ini.
Sebelum ini, saya
sudah kongsikan dua tips bagaimana untuk mengelakkan kegagalan dalam
perniagaan. Tentu anda teruja ingin mengetahui lagi beberapa tips bagaimana
untuk anda mengelakkan kegagalan dalam perniagaan.
Pemasaran yang kerap
Apabila saya
menyebutkan pemasaran, ramai yang akan membayangkan promosi. Pemasaran dan
promosi adalah dua perkara yang berbeza, namun amat rapat hubungan diantara
kedua-duanya.
Pemasaran adalah
proses untuk anda menghebahkan akan wujudnya perniagaan anda. Pemasaran juga
satu proses anda menarik pelanggan melihat sendiri produk dan perniagaan yang
anda sedang jalankan.
Pemasaran adalah
berkenaan pelanggan, justeru anda perlu memastikan pelanggan mendapat maklumat
yang ingin anda sampaikan. Pelanggan perlu tahu apa yang sedang anda lakukan.
Mereka juga perlu tahu apa yang perlu mereka dapatkan dari anda.
Terdapat beberapa
teknik dan cara yang boleh anda laksanakan dalam proses melakukan pemasaran;
a) Membuat
hebahan menggunakan banner. –
Perlukan banner sekitar 10 – 20 keping yang digantung dalam radius 10 – 15
kilometer dari lokasi perniagaan anda.
b) Pengedaran
pamflet – Anda perlu pastikan segala maklumat penting sepeerti nama perniagaan,
lokasi, nombor telefon dan produk yang dipromosi berada pada lampiran pamflet
tersebut.
c) Media facebook
– Wujudkan akaun fanpage supaya lebih
ramai orang dapat mengakses kepada anda. Pada masa ini, ‘kekuatan’ anda
diperlukan bagi memastikan segala komen atau pertanyaan dijawab sepantas mungkin.
d) Kolaborasi /
penajaan – Anda boleh menjalankan usahasama dengan perniagaan lain dan juga
menaja mana-mana pihak yang akan memberikan publisiti percuma kepada anda. Anda
beri, anda dapat kembali.
Pemasaran adalah
faktor pendorong kepada saiz perniagaan anda pada masa akan datang. Ia boleh
diibaratkan sebagai ‘ibu duit’, kerana dari pemasaranlah datangnya pelanggan
yang ramai.
Tabung kecemasan
Tabung kecemasan
memang sesuatu yang wajib yang akan saya sarankan untuk anda memilikinya. Dari
pengalaman saya dalam bidang perniagaan, tanpa tabung ini, segala wang yang ada
akan habis sebelum perniagaan anda sempat muflis. Ini bermakna, sekiranya anda
mempunyai tabung kecemasan, sekurang-kurangnya saya anda masih boleh meneruskan
operasinya.
Tabung kecemasan boleh
saja terdiri dari tabung fizikal, akaun simpanan di bank ataupun dalam bentuk
pelaburan dimana-mana institusi pelaburan yang diiktiraf.
Tabung kecemasan
tidak boleh diguna selagi anda tidak berhadapan dengan kecemasan yang memerlukan
wang tersebut. Jika anda perlu menggunakan wang, anda perlu wujudkan beberapa
tabung yang lain. Seperti tabung kegunaan, tabung pelajaran atau tabung
percutian.
Semoga anda
sukses selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan