Usahawan bukan sahaja perlu bijak memimpin syarikat dan
para pekerjanya (sekiranya ada). Usahawan juga perlu memiliki kemahiran dan
pengalaman yang berkaitan bidang yang diceburinya.
Sebagai
contoh, anda ingin memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Anda boleh
sahaja menggaji beberapa orang pekerja atau foremen
untuk menjalankan tugasan membaiki kenderaan.
Tetapi anda sebagai pemilik
perniagaan juga perlu memiliki serba-sedikit kemahiran yang diperlukan dalam
bidang pembaikan kenderaan.
Jadi,
apabila anda memulakan perniagaan, anda sudah memiliki kemahiran yang
diperlukan sebelum anda menggaji pekerja bahagian pembaikan. Ini bagi
memastikan anda tahu apa yang pekerja anda sedang lakukan. Jika terdapat
kesilapan, anda dapat membantu membetulkan kesilapan tersebut.
Begitu
juga halnya dalam sesebuah restoran. Sekiranya anda juga berkemahiran memasak,
sudah tentu anda akan lebih dihormati oleh para pekerja anda. Tidak hanya anda
memerhatikan dan mengarah para pekerja anda melakukan kerja. Anda juga dapat
sama-sama bekerja dengan pekerja anda sekali-sekala. Ini akan merapatkan jurang
yang dimiliki diantara anda dan para pekerja.