01 Mei 2012

Memulakan Perniagaan Tanpa Modal Besar

Assalamualaikum, bersua lagi kita di ruangan maya ini. Alhamdulillah, saya sudah tidak sesibuk seperti bulan lepas. Kini, saya mampu tumpukan perhatian untuk berkongsi tips dan maklumat dengan anda bagi memastikan anda dapat membina empayar perniagaan yang berjaya.

Tentu anda ingin tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan? Apa yang perlu disediakan dan apa pula yang diperlukan sebagai sokongan kepada perniagaan tersebut supaya tidak goyang dikemudian hari.

Baiklah, berkenaan perkara ini saya mempunyai satu tips, iaitu mulakan dengan apa yang yang anda. Maksudnya, jika anda mempunyai wang untuk memulakan perniagaan hanya RM30,000 gunakan sebahagian dari wang tersebut sebagai modal permulaan perniagaan. Kenapa saya katakan hanya sebahagian?





Sekiranya anda menggunakan kesemua wang yang anda ada, dikhuatiri kelak anda tidak akan dapat mampu meneruskan perniagaan tersebut selepas 3-5 bulan pertama.

Modal perniagaan yang ada hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan, sewa premis, pengubahsuaian dan kos pemasaran serta promosi.

Selebihnya, iaitu baki RM15,000 lagi dijadikan sebagai modal pusingan dan untuk menampung perniagaan sekiranya hasil jualan tidak mencapai sasaran.

Sebagai contoh, anda perlu mengeluarkan belanja bulanan sebanyak RM5,000 (gaji pekerja, sewa premis, bil-bil, dll...) tetapi hasil jualan hanya setakat RM3,500. Ini bermakna anda perlukan lagi RM1,500 untuk digunakan. Pada masa inilah anda perlukan wang pusingan tadi. Tetapi, harus diingat, wang modal pusingan harus berjumlah RM15,000 pada setiap masa. Anda tentu tidak mahu perniagaan anda gulung tikar pada masa yang tidak sepatutnya.

Saya selalu menyarankan kepada beberapa orang yang bertanya saya bagaimana mahu memulakan perniagaan, supaya mempunyai modal berbayar sehingga lebih dari separuh jumlah modal yang perlu dikeluarkan. Perkara ini berikutan terlalu ramai usahawan baru yang tidak dapat meneruskan perniagaan selepas 3-5 bulan beroperasi. Manakala selebihnya pula akan menutup perniagaan selepas 3 - 4 tahun kemudian.

Pengurusan kewangan yang baik dan adanya modal pusingan yang mencukupi akan memastikan perniagaan anda berjalan lancar tanpa putus bekalan kewangan. Anda tidak boleh mengharapkan kepada keuntungan hasil jualan semata-mata. Kerana hasil keuntungan tidak menentu, adakalanya anda mengaut keuntungan 3-4 kali ganda, ada kalanya anda perlu menanggung hutang dengan pembekal.

Setakat ini dahulu perkongsian saya, InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tip yang lain supaya anda dapat memulakan perniagaan tanpa sebarang masalah dan mampu menjana pendapatan lumayan dari perniagaan.

Semoga sukses selalu.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...