13 Mei 2012

Tip Mengelak Kegagalan Perniagaan - 2


Kembali kita bertemu dalam ruangan catatan ini.

Sebelum ini, saya sudah kongsikan dua tips bagaimana untuk mengelakkan kegagalan dalam perniagaan. Tentu anda teruja ingin mengetahui lagi beberapa tips bagaimana untuk anda mengelakkan kegagalan dalam perniagaan.


Pemasaran yang kerap

Apabila saya menyebutkan pemasaran, ramai yang akan membayangkan promosi. Pemasaran dan promosi adalah dua perkara yang berbeza, namun amat rapat hubungan diantara kedua-duanya.

Pemasaran adalah proses untuk anda menghebahkan akan wujudnya perniagaan anda. Pemasaran juga satu proses anda menarik pelanggan melihat sendiri produk dan perniagaan yang anda sedang jalankan.

Pemasaran adalah berkenaan pelanggan, justeru anda perlu memastikan pelanggan mendapat maklumat yang ingin anda sampaikan. Pelanggan perlu tahu apa yang sedang anda lakukan. Mereka juga perlu tahu apa yang perlu mereka dapatkan dari anda.

Terdapat beberapa teknik dan cara yang boleh anda laksanakan dalam proses melakukan pemasaran;

a) Membuat hebahan menggunakan banner. – Perlukan banner sekitar 10 – 20 keping yang digantung dalam radius 10 – 15 kilometer dari lokasi perniagaan anda.

b) Pengedaran pamflet – Anda perlu pastikan segala maklumat penting sepeerti nama perniagaan, lokasi, nombor telefon dan produk yang dipromosi berada pada lampiran pamflet tersebut.

c) Media facebook – Wujudkan akaun fanpage supaya lebih ramai orang dapat mengakses kepada anda. Pada masa ini, ‘kekuatan’ anda diperlukan bagi memastikan segala komen atau pertanyaan dijawab sepantas mungkin.

d) Kolaborasi / penajaan – Anda boleh menjalankan usahasama dengan perniagaan lain dan juga menaja mana-mana pihak yang akan memberikan publisiti percuma kepada anda. Anda beri, anda dapat kembali.

Pemasaran adalah faktor pendorong kepada saiz perniagaan anda pada masa akan datang. Ia boleh diibaratkan sebagai ‘ibu duit’, kerana dari pemasaranlah datangnya pelanggan yang ramai.

Tabung kecemasan

Tabung kecemasan memang sesuatu yang wajib yang akan saya sarankan untuk anda memilikinya. Dari pengalaman saya dalam bidang perniagaan, tanpa tabung ini, segala wang yang ada akan habis sebelum perniagaan anda sempat muflis. Ini bermakna, sekiranya anda mempunyai tabung kecemasan, sekurang-kurangnya saya anda masih boleh meneruskan operasinya.


Tabung kecemasan boleh saja terdiri dari tabung fizikal, akaun simpanan di bank ataupun dalam bentuk pelaburan dimana-mana institusi pelaburan yang diiktiraf.

Tabung kecemasan tidak boleh diguna selagi anda tidak berhadapan dengan kecemasan yang memerlukan wang tersebut. Jika anda perlu menggunakan wang, anda perlu wujudkan beberapa tabung yang lain. Seperti tabung kegunaan, tabung pelajaran atau tabung percutian.

Semoga anda sukses selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...