10 Mei 2012

Tips Mengelak Kegagalan Perniagaan 1


Dari pengalaman saya sebagai usahawan, saya dapati terlalu ramai usahawan yang terpaksa gulung tikar hanya selepas beberapa bulan atau tahun mengecapi ‘kebahagian’ sebagai usahawan. Situasi ini amat tidak baik jika sentiasa berterusan. Kita sedia maklum, tujuan utama seseorang menceburi bidang keusahawan ialah untuk bebas kewangan, tetapi jika sebaliknya pula yang berlaku, bagaimana?

Saya dapati usahawan-usahawan tersebut mengalami kegagalan kerana mereka adalah usahawan ‘bidan terjun’. Mereka menjalankan usahaniaga tanpa ilmu yang mencukupi. Sudah pasti mereka termakan dek kata-kata manis usahawan lain yang berjaya, yang sentiasa berkata akan keseronokan bidang perniagaan.


Tahukah anda, rata-rata mereka yang memasuki industri keusahawan ini dan gagal dikemudian harinya adalah terdiri dari para graduan dan individu-individu yang tidak mempunyai ilmu keusahawan? Jika ada pun, ia hanyalah segelintir.

Ilmu dalam bidang keusahawanan bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata, ia merupakan nadi utama penggerak perniagaan anda. Tanpa ilmu, perniagaan anda akan gulung tikar. Ilmu perniagaan pula bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia juga tidak seperti anda mempelajarinya di sekolah ataupun universiti-universiti. Ilmu dari pengalaman usahawan yang sudah berjaya adalah ilmu yang paling bernilai.

Bina rangkaian kenalan

Satu cara untuk anda memperoleh ilmu dari pengalaman orang lain ialah dengan berkawan terus dengan usahawan tersebut. Sudah pasti sedikit-sebanyak ilmu yang dimilikinya akan dikongsi dengan anda. Tetapi anda perlulah mempunyai niat yang baik, iaitu hendak berkawan dengannya, bukan semata-mata mahukan ilmu beliau.

Selain dari usahawan yang anda sudah kenal-pasti, anda juga perlu berkawan rapat dengan rakan-rakan usahawan tersebut. Jika mereka semua adalah ahli kepada sesuatu kelab, anda juga perlu menjadi ahli kepada kelab tersebut. Jika mereka semua adalah usahawan yang mempunyai passive income yang lumayan, anda juga perlu mempunyai satu. Kita akan membicarakan mengenai passive income ini suatu hari nanti.

Rangkaian yang berguna adalah apabila anda dan rangkaian tersebut mempunyai chemistry dan kedua-duanya mendapat pulangan. Sebagai contoh, anda bersama para usahawan tersebut dalam sebuah kelab. Kelab yang dianggotai mereka pula merupakan kelab eksklusif yang sering menaja badan-badan atau program-program besar. Anda sebagai ahli dalam kelab tersebut juga perlu bergiat aktif dengan memberikan bantuan dan sumbangan kepada kelab tersebut. Dari sini tentu anda sudah dapat memahami apa yang saya maksudkan sebagai ‘kedua-duanya mendapat pulangan’.

Bina Win-win situation

Dengan sesiapa sahaja anda berurusan, anda tidak boleh menang selalu. Adakalanya anda perlu mengalah dan adakalanya kedua-dua pihak akan mendapat hak masing-masing.

Pelanggan anda adalah orang pertama yang akan menjadi ahli program win-win situation ini. Mereka akan menjadi penentu kepada program yang anda juga salah seorang ahlinya. Anda bukanlah pengerusi atau penasihat program, anda dan pelanggan adalah sama-sama ahli.



Win-win situation bermakna anda perlu memenagkan dan memberikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh pihak yang lain, dalam masa yang sama anda juga menang, iaitu tidak kalah (rugi). Dalam hal ini selalunya ia akan berkait rapat dengan produk yang dibeli pelanggan dan barangan yang dibekalkan oleh pembekal.

Win-win situation akan memastikan perniagaan anda sentiasa berada dilandasan yang betul dan anda tidak perlu risau akan sebarang kerugian dikemudian hari. Tidak risau pula tidak bermakna anda tidak perlu memikirkan langsung mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada masa akan datang. Semuanya bergantung kepada anda.

Semoga anda sukses selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...