25 Ogos 2011

Kejayaan datang dengan sendirinya?

Saudara, kejayaan yang ditempa seseorang tidak datang bergolek. ada banyak ranjau yang perlu ditempuh. Rintangan yang perlu dilintasi. Demi kejayaan yang diidamkan, usaha dan keperitan sudah menjadi darah-daging bagi mereka.

Kejayaan yang datang sebenarnya sudah dirancang oleh diri saudara sendiri. Lupakan sekejap mengenai apa yang sudah Tuhan tentukan di Luh-Mahfuz. Saudara boleh menetapkan kejayaan yang bakal diperoleh. Sekiranya saudara gagal untuk merancang, saudara sudah merancang untuk gagal.

Perancangan untuk menjadi seorang yang berjaya perlu dimulakan sekarang. Bukan lagi dua atau tiga minggu akan datang. Orang yang berjaya, menghargai setiap masa yang ada. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.

Orang yang hidupnya hanya membiarkan masa menentukan apa yang bakal terjadi, adalah seperti orang yang berjudi, membeli loteri, menyertai skim cepat kaya atau melabur dalam pelaburan yang mereka sendiri tidak tahu mengenainya. Orang yang sebegini hanya menyerah kepada takdir.

Jika saudara pernah mendengar lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah, 'takdir penentu segala... bahagia yang dicipta...' samalah saudara seperti orang yang dimaksudkan didalam lagu tersebut.

Perubahan sekarang, pelaburan masa depan.


Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...