28 Mac 2012

Meniru Kejayaan Orang Lain

Kedengaran amat pelik sekiranya kelemahan seseorang boleh di manipulasi. Tetapi itu adalah hakikat sebenar. Kelemahan seseorang boleh dimanipulasi dan dijadikan sebagai kelebihan. Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan yang Berjaya di dunia ini. Mereka tidak menjadikan kelemahan sebagai kekurangan mereka. Malah mereka bangga dengannya.

Kelemahan seseorang boleh menjadi tekanan bagi dirinya. Ia akan dianggap sebagai punca kenapa beliau gagal dalam banyak perkara. Kelamahan bukanlah factor kegagalan.

Saya tidak memiliki kemahiran matematik yang kuat. Malah saya susah untuk mengingati nombor yang terlalu banyak atau yang melibatkan pengiraan yang rumit. Saya juga meminati muzik. Mendengar muzik dan melagukannya ketika saya gembira adalah satu kelebihan saya. Saya menggunakan melodi lagu untuk membuatkan saya mengingat nombor. Seperti nombor telefon dan nombor akaun bank.


Irama menjadikan saya pengingat nombor yang baik. Saya mampu mengingat nombor akaun bank sehingga 16 digit tanpa tersilap sedikit pun. Tetapi saya perlukan masa bagi melagukan irama tersebut dengan nombor-nombor.

Bagaimana pula anda yang sedang membaca ini? Adakah kelemahan anda menjadikan anda berasa terpinggir, tidak mempunyai kehebatan atau berasa diri seperti tiada guna?

Saya akan berikan satu teknik ‘membuat salinan’ kejayaan kejayaan insan lain yang anda gemari atau sukai. Bagaimana anda akan menjadi seperti insan tersebut dan mengulang kembali kejayan yang beliau lakukan.
Tetapi sebelum itu, saya ingin berikan anda situasi ketika bangun pagi setiap hari.

Situasi A
Jam loceng berbunyi > Berfikir untuk menyambung tidur > Matikan jam loceng > Sambung tidur

Situasi B
Jam loceng berbunyi > Membayangkan perkara hebat yang akan dilakukan > Terus bangun dengan cergas > matikan jam loceng

Dari dua situasi diatas, mana satu yang menjadi kebiasaan anda setiap hari? Adakah situasi A atau situasi B?

Jika A adalah kebiasaan anda, anda perlu mengubahnya bermula pagi nanti. Anda perlu bangun pagi seperti seorang yang berjaya dan bukan lagi seperti pemalas. Semua ini berada dalam minda anda.

Seterusnya bagaimana anda mahu menyalin kembali kejayaan insan berjaya yang terdahulu dari anda?

Sebagai seorang manusia kita mempunyai neurologi yang sama, iaitu kira-kira 1000 bilion neuron. Jika seseorang bergerak lebih efektif berbanding anda, itu kerana sistem neuronnya bertindak lebih efektik.

Cara mudah untuk menjadi seperti insan tersebut ialah, anda meniru kembali apa yang beliau lakukan. Cara peniruan adalah cara yang paling mudah dan paling cepat untuk anda mencapai kejayaan seperti insan tersebut.

Saya ambil contoh Dato’ Lee Chong Wei. Sekiranya anda ingin mencapai puncak kejayaan seperti beliau, anda perlu melakukan aktiviti yang beliau lakukan seharian. Anda perlu bangun pagi seperti beliau, makan, minum (yang halal sahaja perlu diikuti), berlatih badminton, bersenam, bersosial sehinggalah anda mencapai kejayaan.
Minda manusia akan bergerak berdasarkan apa yang diarahkan. Sekiranya anda mengarahkan minda anda untuk meniru apa yang Dato’ Lee Chong Wei lakukan, minda akan melakukannya. Minda mampu mengulang kembali kejayaan yang dilakukan oleh Dato’ Lee Chong Wei.

Seseoarng pernah berkata kepada saya, ‘Berlatih berulang-kali membuatkan kita menjadi sempurna. Tetapi jika kita berlatih perkara yang salah berulang-kali, kita akan menjadi sempurna berdasarkan perkara yang salah itu.” Ini bermakna penting untuk kita berlatih dan membuat latihan berdasarkan perkara betul seperti yang dilakukan oleh idola anda.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...