13 Mac 2012

Minda usahawan

Saya ingin berbicara berkenaan minda.

Seringkali saya bersemuka dengan beberapa orang rakan seperniagaan yang masih lagi bermentaliti 'ahli perniagaan kampung'. Sedangkan sekarang ini kita semua sudah memasuki era perniagaan global yang memerlukan minda pemikiran yang jauh lebih hebat.

Minda ahli perniagaan kampung takut untuk melebarkan sayap perniagaan kepada orang ramai. Ahli perniagaan kampung tersebut hanya berkata, "cukuplah aku mendapat rezeki sebanyak ini". Salah sebenarnya pemikiran begitu.




Anda seorang ahli perniagaan, anda perlu singkirkan secara total mentaliti ahli perniagaan kampung tersebut. Anda perlu berani memasarkan dan mempromosi perniagaan anda. Jangan takut untuk mencuba perkara baru. Jangan takut untuk ditertawakan. Mereka yang takut, adalah orang yang lemah dan gagal.

Perjuangan dalam perniagaan adalah sama hebatnya seperti perjuangan di medan peperangan. Selagi masih ada kudrat dan tenaga, selagi itulah anda perlu berjuang. Jika sebelum ini anda mudah berpuas-hati dengan rezeki yang diterima, mulai kini, anda perlu merasakan masih kurang sebenarnya rezeki yang anda terima. Kerana anda masih perlu mencari rezeki yang banyak, untuk dikongsikan bersama orang lain yang tidak mampu mengecapinya.

Minda usahawan berjaya sentiasa mencuba, berusaha, tidak berputus-asa dan yang penting, tidak melupakan insan yang memerlukan.

Semoga anda sukses.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...