07 Mac 2012

Menangani sifat malas

Salam sejahtera semua. Lama saya menyepikan diri dari blog ini. Terlalu sibuk dengan tugas harian. Nak cari bahan untuk buku terbaru, nak menyediakan bahan untuk kursus dan seminar. macam itulah kerja saya.

Kali ni saya nak berikan tips bagaimana untuk mengelakkan sifat malas dari menjadi darah daging kita.

Tentu anda setuju kalau saya katakan, ramai usahawan di Malaysia ni pemalas. Kenapa saya kata pemalas? Cuba bayangkan, bangun tidur pukul 10 pagi, buka kedai 12 tengahari, makan tengahari pukul 1, kalau sempat, tidur sekejap sampai zohor. Kemudian tutup kedai jam 9 malam. Ha, itu yang ada kedai. kalau yang bekerja dari rumah pula?



Punca utama kenapa pendapatan syarikat tidak bertambah adalah kerana sifat malas ini. Tidak pernah untuk berusaha lebih dari yang anda lakukan.

Cara untuk membuang sifat ini, setiap malam sebelum tidur, anda lihat jadual untuk esok. Jika perlu bangun jam 6 pagi, setkan dalam minda anda, anda perlu bangun jam 6 pagi. Anda perlu beritahu minda anda banyak kali, anda perlu bangun jam 6 pagi dan selesaikan semua kerja syarikat secepat mungkin.


Cara kedua, jadikan sesuatu sebagai motivasi anda bekerja. Sebagai contoh, anda boleh jadikan sebuah kereta idaman anda sebagai bahan memotivasikan diri. Jadi, anda akan lebih bersemangat dan berdisiplin melakukan sebarang kerja.

Saya rasa cukup dua tips ini dahulu. InsyaAllah dilain waktu, saya akan kongsikan lagi beberapa tips berdasarkan amalan NLP (Neuro Linguistic Programming).


Semoga anda sukses selalu.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...