30 Jun 2012

Saya dan Penulisan Buku

Sudah lama saya tidak mencatat di ruangan ini. tetapi saya tidak melupakan untuk terus tetap berada disini. Ini semua kerana anda yang snetiasa menyokong saya untuk terus berada di alam Internet ini.

Kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit bagaimana saya terlibat dalam dunia penerbitan sebagai penulis buku.

pada tahun 2011, kira-kira dua bulan sebelum ramadhan, saya merenung dan melihat kembali perancangan dua buah syarikat saya. Pada masa itu, syarikat fotografi dan sebuah syarikat usahasama dengan isteri saya iaitu syarikat perancangan majlis (event management). Secara tidak langsung, saya terfikir berkenaan pemasaran. Lantas, saya mencari beberapa maklumat dalam Internet berkenaan pemasaran untuk jurufoto majlis perkahwinan.

Saya agak terkejut, para jurufoto perkahwinan di luar Malaysia lebih terbuka dan tercari-cari ilmu berkaitan pemasaran. Bukan di Malaysia tiada, tetapi sedikit. Hampir kebanyakan jurufoto perkahwinan bebas di Malaysia lebih mementingkan gajet dan hasil gambar berbanding pemasaran, yang sebenarnya perlu bergerak seiring bagi memastikan perniagaan tersebut bergerak lancar.




Saya terus memulakan perancangan untuk menulis sesuatu berkaitan pemasaran. Memandangkan saya mempunyai bahan bacaan yang banyak berkaitan pemasaran dan penjenamaan, tiada kesukaran untuk saya memulakannya. Berbekalkan buku-buku tulisan Brian Tracy, Adam Khoo, Billi Lim, Hilmi Isa, Nasrul Amri Shamsudin, Saiful Nang dan beberapa lagi, saya teruskan menulis.

Kira-kira lebih sebulan, akhirnya manuskrip tersebut hampir siap. Saya tidak melengahkan masa, terus menghantar proposal kepada penerbit iaitu Must Read Sdn Bhd. Dalam masa yang sama, saya bersedia untuk proposal tersebut ditolak dan akan menghantar proposal ke syarikat lain pula. Tetapi, tidak lama selepas itu, pihak penerbit menghubungi saya, manuskrip tersebut diterima dan akan diterbitkan.

Selepas Aidilfitri, manuskrip saya mula dibedah. Pembetulan demi pembetulan mula dilakukan. Saya menyemak manuskrip yang telah diedit, kembalikan kepada editor, membuat penyemakan sekali lagi sehinggalah ianya siap di semak. Pada Januari 2012, saya dimaklumkan buku saya akan diterbitkan pada Februari 2012.

Akhirnya, buku pemasaran pertama dari saya untuk jurufoto perkahwinan siap berda di pasaran. Dengan tajuk Kaya Sebagai Fotografer Perkahwinan, ia telah terjual melebihi apa yang saya jangkakan. Di tangan saya sahaja pada tiga minggu pertama, terjual 200 unit. Syukur, Alhamdulillah. Semuanya ketentuan Allah.

Akan datang, sebuah lagi buku berkaitan perniagaan akan diterbitkan oleh penerbit yang sama. Buku ini akan menjengah pasaran sebelum hujung tahun 2012, InsyaAllah. sama-sama kita berdoa semoga ianya bakal memenuhi kehendak para usahawan sekalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...