20 Jun 2011

Menerima persaingan seadanya

Perniagaan adalah urusan yang sentiasa ada persaingan. Kadang positif, kadang negatif. Sebagai seorang peniaga / usahawan, kita harus menerima persaingan seperti yang kita perlu terima.

Maksud saya, Tidak kira satu-satu persaingan yang datang itu besar atau kecil, kuat atau tidak, ia tetap adalah persaingan yang perlu kita tempuhi untuk terus berada dalam dunia perniagaan.

Sebenarnya, persaingan juga boleh dengan tiba-tiba bertukar menjadi satu peluang untuk perniagaan kita lebih maju. Percaya atau tidak, ini satu contoh;

Saya dan kawan dalam bidang yang sama adalah pesaing rapat dalam dunia perniagaan kerana kami menjalankan jenis perniagaan yang 90% sama. Iaitu fotografi perkahwinan, butik pengantin dan sebagai pengajar fotografi. Hanya ada sedikit perbezaan. Satunya ada saya buat dan ada yang dia buat. Itu adalah kelebihan kepakaran masing-masing.

Sebagai pesaing, kami harus sepenuh hati berusaha agar perniagaan masing-masing bergerak pantas agar tidak dikejar satu-sama lain. Tetapi, dalam masa yang sama persaingan kami ini membuka peluang kepada kami sendiri. Saya pakar bidang videografi, manakala kawan saya pakar bidang fotografi makanan. Secara tidak langsung saya membuka peluang kepadanya dan beliau juga membuka peluang kepada saya.

Boleh nampak apa yang saya ingin maksudkan? Persaingan bukanlah selama-lamanya menjadi persaingan tidak sihat. Ia boleh bertukar kepada satu peluang keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Shah
012-5055003


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...